Careline: 03 - 89275642 / 018 - 2375891 Isnin - Jumaat: 8.00 pagi - 5.00 petang
reg-2025
JAWATAN-KOSONG-2-AFT
zakat
sumbangan

🕊️ DAURAH PUJI MTT 2.0 2025

📸 LENSA TAYYIBAH

Telah berlangsung Daurah PUJI 2.0, sebuah program pengukuhan ilmu Fardu Ain yang dikendalikan oleh Ustazah Shahida, bermula semalam dan berakhir hari ini, bertempat di Surau At-Tayyibah.

Penganjuran daurah ini memberi penekanan kepada beberapa topik asas dalam ibadah harian seperti wuduk dan tayamum, azan dan iqamah, serta puasa. Ia turut merangkumi beberapa tajuk terpilih yang dikupas secara mendalam dan bersifat praktikal.

Program ini dirangka bagi mempertingkat kefahaman pelajar terhadap asas-asas ibadah dengan pendekatan yang menyeluruh, seterusnya membina keperibadian Muslim yang berilmu, berakhlak, dan bersedia untuk berperanan dalam masyarakat.

“Langkah Pertamamu Menjadi Seorang Ilmuwan”

Bottom Ad [Post Page]