Alhamdulillah, Maahad Tahfiz At-Tayyibah dengan sukacitanya telah berjaya melangsungkan Majlis Khatam al-Quran dan Iftar Jamaie 2025, anjuran Jabatan Kurikulum MTT, pada:
📅 Jumaat, 21 Mac 2025
🕔 5:00 petang – 10:30 malam
📍 Perkarangan Maahad Tahfiz At-Tayyibah
Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada seluruh pelajar atas usaha gigih mereka dalam menyempurnakan tadarus al-Quran sepanjang bulan Ramadan. Ia juga bertujuan menyemarakkan sambutan kedatangan bulan yang penuh keberkatan ini bersama ibu bapa, waris, serta seluruh warga maahad dalam suasana yang penuh kesyukuran dan kekeluargaan.
Ibu bapa dan penjaga turut hadir memeriahkan majlis dengan membawa juadah ringan / potluck sebagai tanda sokongan dalam memeriahkan lagi majlis ini.
Selesai majlis, para pelajar dibenarkan untuk pulang bercuti bersama keluarga masing-masing. Ia menjadi detik yang dinanti-nantikan setelah beberapa minggu penuh pengisian dan ibadah sepanjang Ramadan.



