Alhamdulillah, majlis iftar yang berlangsung pada 15 Mac di Rumah Pengasih Warga Prihatin telah berjalan dengan lancar dan penuh keberkatan. Sekalung penghargaan kepada Portmeirion Brithouz Sdn Bhd di atas jemputan. Kami amat berbesar hati dapat hadir dan mengambil bahagian dalam majlis yang penuh makna ini. Terima kasih kepada pihak Portmeirion Brithouz Sdn Bhd kerana memberi peluang kepada MTT untuk bersama-sama dalam memeriahkan suasana.