Alhamdulillah, pada 8 hingga 9 Februari 2025, wakil daripada MTT telah menghadiri Seminar Kecemerlangan Institusi Tahfiz al-Quran Malaysia 2025 yang dianjurkan oleh PERMATA AL-QURAN dengan kerjasama IQRA' Centre for Ummah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Bertempat di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM, Nilai, seminar ini bertujuan memperkasakan sistem pendidikan tahfiz di Malaysia.
Antara topik menarik yang dibentangkan termasuk:
📌 Masa Depan Pendidikan Lepasan Tahfiz al-Quran
📌 Teknik Hafazan yang Efektif
📌 Strategi Murajaah Berkesan
📌 Pengurusan Madrasah Tahfiz yang Unggul
📌 Peranan Guru dalam Melahirkan Huffaz Cemerlang
📌 Peranan Ibu Bapa dalam Membentuk Generasi Huffaz
Semoga perbincangan mendalam mengenai hala tuju pendidikan tahfiz ini membuka ruang kepada inovasi serta strategi baharu dalam melahirkan huffaz. Diharapkan ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk terus meningkatkan kualiti pendidikan tahfiz di Malaysia. 🌿✨
#SeminarTahfiz2025 #PermataAlQuran #USIM #PendidikanTahfiz