Careline: 03 - 89275642 / 018 - 2375891 Isnin - Jumaat: 8.00 pagi - 5.00 petang

MULTAQA SEKOLAH ISLAM & PELANCARAN KURIKULUM MODERASI TAHFIZ SELANGOR

Pada 26 Februari 2025, Maahad Tahfiz At-Tayyibah telah menghadiri Program Multaqa Sekolah-Sekolah Islam dan Majlis Pelancaran Kurikulum Moderasi Tahfiz Negeri Selangor yang diadakan di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam, Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah.

Program ini menghimpunkan seramai 300 orang pengerusi dan pengurus institusi tahfiz berdaftar dari seluruh negeri Selangor bagi membincangkan tatakelola serta pengurusan institusi tahfiz yang lebih berkesan. Selain itu, program ini turut memperkenalkan Modul Kurikulum Moderasi Tahfiz sebagai panduan dalam pengajaran dan pembelajaran di institusi tahfiz di Selangor.

Slot Perbincangan Utama
  • Slot 1: Isu-Isu Ancaman Keselamatan Terhadap Sekolah-Sekolah Islam Persendirian Negeri Selangor
    Disampaikan oleh ACP Mohamed Izzani Bin Abdul Halim, Timbalan Ketua Cawangan Khas Risikan dan Operasi Selangor, Polis Diraja Malaysia (PDRM).
  • Slot 2: Dialog Antirasuah Pengurusan Dana Awam
    Dikendalikan oleh PPj Azuar Bin Adzhar dan PPj Rosmadi Bin Kasim dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, bersama Jemaah Pengurusan Sekolah-Sekolah Islam Persendirian Negeri Selangor. Sesi ini dimoderatorkan oleh En Yuzaimi Bin Muslil dari Bahagian Pendidikan Islam, JAIS.
Pelancaran Kurikulum Moderasi Tahfiz

Majlis pelancaran Modul Kurikulum Moderasi Tahfiz Negeri Selangor telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Siti Razmah Binti Idris, Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), mewakili Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Shahzihan Bin Ahmad, Pengarah JAIS.

Turut hadir dalam majlis ini:
  • Tuan Anas Bin Ayob, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS
  • Tuan Jafri Bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIS
  • Pegawai-pegawai dari JAIS, SPRM, dan PDRM

Kami dari Maahad Tahfiz At-Tayyibah amat berbesar hati dapat menyertai program ini yang menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama antara institusi tahfiz di Selangor. Semoga usaha ini dapat membantu meningkatkan mutu pendidikan tahfiz dan memastikan hala tuju institusi tahfiz diurus dengan lebih sistematik dan berintegriti.

#MaahadTahfizAtTayyibah #MultaqaTahfiz2025 #JAIS #SPRM #PDRM #PendidikanTahfiz #KurikulumModerasi #Selangor

Bottom Ad [Post Page]