Careline: 03 - 89275642 / 018 - 2375891 Isnin - Jumaat: 8.00 pagi - 5.00 petang

PROGRAM: FORUM: MINAT & KERJAYA

Alhamdulillah, Forum: Minat dan Kerjaya yang julung kalinya diadakan telah berjalan dengan lancar pada 15 Julai 2024, Isnin yang lalu. Tujuan forum ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada murid-murid MTT mengenai peluang pembelajaran dan peluang kerjaya dalam bidang yang diminati oleh murid dan berkaitan dengan al-Quran. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada panel-panel jemputan iaitu Encik Hakimi (Pensyarah UIS) dan Cik Adibah Atiqah (Freelance Marketing dan Editor PTS Sdn.Bhd.) yang sudi hadir bagi berkongsi ilmu yang bermanfaat bersama anak-anak MTT. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Unit Kurikulum dan Unit Hal Ehwal Murid MTT yang bertungkus-lumus menjayakan program pada kali ini. Diharapkan anak-anak MTT mendapat manfaat dan ilmu yang berguna melalui program ini untuk kegunaan pada masa akan datang.

Bottom Ad [Post Page]