Alhamdulillah majlis sambutan Aidilfitri peringkat maahad telah berlangsung dengan jayanya pada 28 April yang lalu.
Terima kasih tidak terhingga kepada ibu bapa para pelajar MTT yang sudi hadir dengan juadah hari raya untuk dikongsi bersama. Terima kasih juga kepada dif dif jemputan kerana sudi hadir bagi memenuhi jemputan sekolah kami. Kehadiran anda semua amat kami hargai.
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa di atas sumbangan idea dan tenaga dalam memastikan majlis ini berjalan lancar.







