Alhamdulillah, Yayasan Avisena telah menjalankan Program Pemeriksaan Kesihatan secara Percuma untuk warga MTT pada 26 Mei yang lalu bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.
Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kesedaran dan kesejahteraan kesihatan serta menggalakkkan warga MTT untuk melakukan saringan kesihatan secara berkala disamping memupuk budaya sihat sepanjang hayat.
Pihak maahad mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yayasan Avisena kerana sudi mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma buat warga MTT. Semoga kita semua dalam lindungan Allah SWT dan sentiasa sihat.