Careline:03 - 8920 1219/ 018 - 2375 891 Isnin - Jumaat: 8.30 pagi - 4.30 petang | Sabtu: 8.30 pagi - 1.00 petang

Post Page Advertisement [Top]

CERAMAH: ISRAK MIKRAJ DISAMPAIKAN OLEH DR MOHAMAD REDHA (PENSYARAH KUIS)

Peristiwa Israk Mikraj merupakan satu peristiwa besar dalam sejarah Islam di mana Nabi Muhammad SAW merentasi dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan menaiki Buraq. Kemudian, baginda dinaikkan ke Sidratul Muntaha untuk bertemu dengan Allah SWT dan turun dengan membawa bersama-samanya kefardhuan solat 5 waktu sehari semalam. Justeru, pihak MTT telah menjemput Dr Mohamad Redha bin Mohamad, pensyarah Kolej Uni. Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) untuk memberikan perkongsian peristiwa Israk Mikraj kepada anak-anak MTT. Semoga curahan ilmu dan kisah perjuangan besar Nabi Muhammad SAW memberikan kita penghayatan dan iktibar untuk terus mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Bottom Ad [Post Page]