Careline:03 - 8920 1219/ 018 - 2375 891 Isnin - Jumaat: 8.30 pagi - 4.30 petang | Sabtu: 8.30 pagi - 1.00 petang

Post Page Advertisement [Top]

PROGRAM: KURSUS PEMANTAPAN ORGANISASI MTT

Alhamdulillah pada 9-10 Disember 2023 yang lalu telah berlangsung Kursus Pemantapan Organisasi MTT yang bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan serta kecekapan guru dan kakitangan semasa menjalankan tugas. Program yang berlangsung selama 2 hari 1 malam di Singgah Santai Resort, Hulu Langat Selangor ini telah dihadiri oleh guru-guru dan kakitangan MTT. Turut hadir bersama penceramah jemputan dan ahli lembaga pengarah MTT. Antara perkara yang dibincangkan termasuklah penyusunan takwim 2024 serta belanjawan bagi memastikan perancangan program dapat direalisasikan apabila tiba masanya . Tahun 2024 akan lebih mencabar apabila MTT dengan begitu serius untuk meningkatkan kualiti pembelajaran anak-anak berlandaskan Dasar Tahfiz Negara seiring waktu dan perubahan semasa. Mutu kecemerlangan murid bermula dari guru yang cemerlang. Harapan besar agar kami menjadi langkah pertama untuk anak-anak murid menjadi ilmuan yang berjaya. Jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus dalam menjayakan program ini. Kepada guru-guru dan kakitangan, kami ucapkan siiru 'ala barakatillah dan selamat berjuang. #mttcemerlang

Bottom Ad [Post Page]