Careline:03 - 8920 1219/ 018 - 2375 891 Isnin - Jumaat: 8.30 pagi - 4.30 petang | Sabtu: 8.30 pagi - 1.00 petang

Post Page Advertisement [Top]

PROGRAM: REHLAH ILMIAH MTT KE PERLIS

Unit Akademi Huffaz di bawah Jabatan Hal Ehwal Murid telah menganjurkan satu aktiviti berteraskan pendidikan tidak formal iaitu Lawatan Sambil Belajar ke Perlis pada 1-3 November yang lalu. Rehlah Ilmiah ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar MTT menimba ilmu pengetahuan baru yang tidak dipelajari di sekolah di samping membuka minda para pelajar tentang dunia luar dan memupuk nilai-nilai murni dalam diri mereka. Antara tempat-tempat menarik yang dilawati termasuklah Gua Kelam, View Point Wang Kelian, Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Muzium Kota Kayang dan Kampung Warna-Warni. Semoga lawatan yang berlangsung selama 3 hari ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar MTT. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada para guru MTT yang bertungkus-lumus dalam menjayakan rehlah ini.

Bottom Ad [Post Page]