Careline:03 - 8920 1219/ 018 - 2375 891 Isnin - Jumaat: 8.30 pagi - 4.30 petang | Sabtu: 8.30 pagi - 1.00 petang

Post Page Advertisement [Top]

MAJLIS PEMBUKAAN SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2023

Selamat kembali ke pangkuan MTT kepada semua pejuang al-Quran. Alhamdulillah puja dan puji ke hadrat Allah atas kejayaan dan kelancaran Majlis Pembukaan Sesi Pembelajaran Tahun 2023 sebentar tadi. 

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengetua, AF Ust Ja'afar Bin Salleh. Seterusnya taklimat oleh semua ketua jabatan. Setelah itu ibu bapa mula ke ruang pendaftaran bagi urusan yuran, buku, peralatan dan lain-lain. 

Kami mengucapkan ahlan wasahlan kepada waris-waris pelajar baru khususnya. Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa pelajar lama yang terus memberikan kepercayaan kepada MTT untuk membimbing anak mereka. 

Azam kami kekal dan tidak berubah. Untuk menjadi platform pendidikan terbaik untuk anak-anak tuan puan berjaya di sini dan di luar sana nanti.

Kepada para pelajar. Selamat berjuang.

#mttcemerlang


Bottom Ad [Post Page]