Careline:03 - 8920 1219/ 018 - 2375 891 Isnin - Jumaat: 8.30 pagi - 4.30 petang | Sabtu: 8.30 pagi - 1.00 petang

Post Page Advertisement [Top]

KURSUS PENGURUSAN PROFESIONALISME MTT

 KURSUS PENGURUSAN PROFESIONALISME MTT

Alhamdulillah pada 11/12/2022 yang lalu telah berlangsung Kursus Pengurusan Profesionalme bertujuan meningkatkan kecemerlangan serta secekapan guru dan kakitangan semasa menjalankan tugas. 

Program yang berlangsung sehari suntuk di Bangi Avenue Convention Centre (BACC) ini telah dihadiri oleh semua guru dan kakitangan tanpa terkecuali. Turut hadir penceramah jemputan dan ahli lembaga pengarah MTT. 

Turut dibincangkan adalah perkara susunan takwim 2023 serta belanjawan bagi memastikan perancangan program dapat direalisasikan apabila tiba masanya. 

Tahun 2023 akan lebih mencabar apabila MTT dengan begitu serius untuk meningkatkan kualiti pembelajaran anak-anak berlandaskan Dasar Tahfiz Negara seiring waktu dan perubahan. Kita tidak mahu kekal ditakok lama. Kita harus mencari rentak bagi memastikan pendidikan anak-anak dan masa depan mereka terjamin dan berkualiti.  

Mutu kecemerlangan murid bermula dari guru yang cemerlang. 

Harapan besar agar kami menjadi langkah pertama untuk anak-anak pelajar menjadi ilmuan dan du'at yang berjaya. 

Jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus menjayakan program ini. 

Kepada guru-guru dan kakitangan kami ucapkan siiru 'ala barakatillah dan selamat berjuang. 

#mttcemerlang


Bottom Ad [Post Page]