Careline:03 - 8920 1219/ 018 - 2375 891 Isnin - Jumaat: 8.30 pagi - 4.30 petang | Sabtu: 8.30 pagi - 1.00 petang

Post Page Advertisement [Top]

PERTANDINGAN KHUTBAH TERBUKA MTT 2022

Pada 4 Nov, 2022, telah berlangsung program Pertandingan Khutbah Terbuka MTT anjuran unit Akademi Huffaz bersama Hal Ehwal Murid.

Program yang berobjektif 'MELAHIRKAN PENDAKWAH BERBAKAT' ini berlangsung selama hampir 4 jam dengan penyertaan 30 orang peserta dalam 2 kategori berbeza. 

Jutaan terima kasih kepada para juri iaitu :

1. Ust Ahmad - Kreativiti & personaliti

2. Ust Aqil - Kelancaran & kefasihan 

3. Ust Syafi' - Adab khatib

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah mempersembahkan khutbah terbaik mereka.  Anda semua hebat. Semoga bersinar dari rahim Maahad ini, ratusan pendakwah berbakat. 

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Af Mudir Maahad, Ust Ja'afar Salleh pada hari Isnin, 14 Nov 2022. Di bawah merupakan keputusan penuh pertandingan:

Ketagori Rendah :

JOHAN

        Adik Syed Husyn

NAIB JOHAN

        Adik Danish Hasif

TEMPAT KE 3

        Adik Rayyan Aqil

Ketagori Menengah :

JOHAN

        Ammar Zaharudin 

NAIB JOHAN

        Muhammad Hazim

TEMPAT KE 3

        Asyraf Naufal

Terima kasih tak terhingga kepada Af Ust Ja'afar Bin Salleh kerana sudi menyampaikan ucapan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang. 

Dipetik dari ucapan tuan Mudir, Khutbah merupakan antara platform komunikasi penting bagi ummat Islam. Sudah semestinya para pelajar menguasai kemahiran ini seperti mana yang dilaksanakan oleh para Nabi, Sahabat dan salafussoleh. 

MTT mengucapkan tahniah kepada para pemenang. Semoga terus maju dalam mendalami kemahiran ini. 

#MTTCEMERLANG



Bottom Ad [Post Page]