Careline:03 - 8920 1219/ 018 - 2375 891 Isnin - Jumaat: 8.30 pagi - 4.30 petang | Sabtu: 8.30 pagi - 1.00 petang

Post Page Advertisement [Top]

TALAQQI KITAB FIQH SELEPAS ZUHUR

 TALAQQI KITAB FIQH SELEPAS ZUHUR

Insya-Allah, mulai Isnin yang lalu telah dilaksanakan pengajian umumi / talaqqi kitab Minhaj at-Talibin wa 'Umdah al-Muftiin karangan ulama hebat, Abu Zakaria Yahya Bin Syaraf An-Nawawi atau Imam Nawawi.  

Pengajian ini akan berlangsung selama 20 minit seusai solat Zuhur di Surau at-Tayyibah, Isnin hingga Khamis bagi mengisi kekosongan pelajar sambil menunggu kelas sesi petang bermula. 

Pemilihan kitab Minhaj bertujuan bagi memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai mazhab Syafie dan khilaf ulama' Syafi'iyyah dalam penentuan sesuatu hukum. 

Dimaklumi juga, Imam Nawawi merupakan di antara ulama' yang menggabungkan madrasah Iraqiyyun dengan madrasah Khurasaniyyun bersama Imam Rafie dan ashab tarjih yang lain. Ini lebih memudahkan para pelajar dalam memahami cara dan kaedah pengistinbatan hukum oleh ulama fiqh dan bagaimana membahaskan sesuatu hujjah secara teliti berdasarkan seuatu dalil.

Para pelajar sangat teruja. Mana tidaknya, mereka didedahkan dengan istilah qaul azhar, qaul masyhur, qaul marjuh, qaul asah, qaul sahih dan lain-lain. Terkesima mereka apabila belajar perbezaan pandangan dalam mazhab sambil menghormati kealiman ulama'-ulama' terdahulu.

Ĝ§Ù„لهم فقههم في Ĝ§Ù„ĜŻÙŠÙ†، وĜıلمهم Ĝ§Ù„ĜŞĜ£ÙˆÙŠÙ„، وĜ§ĜĴĜıلهم من ĜıĜ¨Ĝ§ĜŻÙƒ Ĝ§Ù„ĜµĜ§Ù„Ĝ­ÙŠÙ†. 

Jemaah yang berhampiran juga dijemput hadir. 

#tradisiilmu

#MTTCEMERLANG

Bottom Ad [Post Page]