Careline:03 - 8920 1219/ 018 - 2375 891 Isnin - Jumaat: 8.30 pagi - 4.30 petang | Sabtu: 8.30 pagi - 1.00 petang

Post Page Advertisement [Top]

Majlis Perpisahan Us Nasron & Us Syakirin

Tanggal 30 januari 2020 merupakan salah satu tarikh keramat Maahad Tahfiz at-Tayyibah. Hal ini demikian kerana pada hari tersebut merupakan hari terakhir dua insan yang sangat disegani berkhidmat di Maahad Tahfiz At-Tayyibah iaitu Ust Nasron dan juga Ust Syakrin.

               Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Asmaul Husna. Seterusnya, bagi merahmati Majlis Perpisahan ini, bacaan doa pula telah dibacakan oleh wakil pelajar, adik Syamim. Kemudiannya, diserikan lagi dengan ucapan alu-aluan oleh Ust Ja'afar selaku Mudir MTT. Dan seterusnya, ucapan terakhir yang dinanti-nantikan para pelajar dari Ust Nasron dan Ust Syakrin. Bait-bait ucapan terakhir ini, mereka mengucapkan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah kerana menerima mereka berkhidmat di sini dan berharap Maahad Tahfiz At-Tayyibah dapat lebih maju pada masa akan datang. Mereka selit-selitkan juga nasihat-nasihat yang membangun kepada para pelajar MTT. Majlis disudahi dengan tayangan video dan persembahan nasyid oleh para pelajar. Akhir sekali, sesi bersalaman pelajar bersama Ustaz Nasron & Ust Syakrin.

               Semoga nasihat serta bimbingan yang dicurahkan selama berkhidmat di MTT dapat membantu para pelajar lebih bersemangat dan istiqamah dalam pelajaran mereka.

Bottom Ad [Post Page]