Careline:03 - 8920 1219/ 018 - 2375 891 Isnin - Jumaat: 8.30 pagi - 4.30 petang | Sabtu: 8.30 pagi - 1.00 petang

Post Page Advertisement [Top]

KEM TAHSIN AL-QURAN DISEMBER 2019

Assalamualaikum, selaras dengan misi Maahad Tahfiz At-Tayyibah memartabatkan al-Quran dan as-Sunnah sebagai sumber ilmu, Biro Penghayatan Islam dan Biro Al-Quran telah menganjurkan satu program yang diberi nama Kem Tahsin al-Quran pada 9-13 Disember 2019 dengan kerjasama PITAS.

   Program ini menyasarkan 90 orang peserta termasuk para pelajar serta peserta luar untuk lebih mengenali konsep pembacaan Alquran Tajwid, dan kaedah Bahasa Arab yang betul. Dalam program ini juga ada menyelitkan beberapa slot antaranya Praktikal Wuduk & Smart Solat, Hafalan Doa & Surah Pilihan, Bahasa Arab Yaumiyyah, Memanah, Explorace, Malam Kesenian Islam, dan banyak lagi bagi memenuhi keperluan ilmu sebagai pelajar. Program ini dianggotai oleh guru-guru Maahad Tahfiz At-Tayyibah serta telah disempurnakan oleh Al-Fadhil Ustaz Ja'afar bin Salleh selaku Mudir Maahad Tahfiz At-Atayyibah.

Bottom Ad [Post Page]