Careline:03 - 8920 1219/ 018 - 2375 891 Isnin - Jumaat: 8.30 pagi - 4.30 petang | Sabtu: 8.30 pagi - 1.00 petang

Post Page Advertisement [Top]

MAJLIS QURBAN & AQIQAH ANJURAN BADAN KEBAJIKAN MUTIARA PUTRAJAYA

Assalamualaikum, Badan Kebajikan Mutiara Putrajaya ada menganjurkan Majlis Qorban & Aqiqah bersama Maahad Tahfiz A-Tayyibah (MTT) serta Pengurusan Masjid Raudatul Jannah Sungai Buah. Majlis ini diadakan pada 14 Ogos 2019 bersamaan hari Raya Aidil Adha yang keempat, bermula pada 7.30 pagi. Majlis ini juga dibantu oleh warga MTT serta orang-orang kampung di sekitar Sungai Buah. Sessi penyembelihan dan melapah tiga ekor lembu dan empat ekor kambing dilakukan secara bergotong-royong. Pihak MTT ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semu yang hadir ke Majlis Qorban & Aqiqah 1440H, semoga Allah Subhanahu Wataala memberkati amalan kita semua dan kami dengan ini ingin mohon maaf jika ada sebarang kekurangan dalam mengendalikan majlis ini. Jangan serik mari lagi , Selamat Hari Raya Aidil Adha!

PIHAK MTT BERGAMBAR BERSAMA BADAN KEBAJIKAN MUTIARA PUTRAJAYA




AKTIVITI SEMASA MAJLIS QORBAN & AQIQAH DIJALANKAN


Bottom Ad [Post Page]