Careline:03 - 8920 1219/ 018 - 2375 891 Isnin - Jumaat: 8.30 pagi - 4.30 petang | Sabtu: 8.30 pagi - 1.00 petang

Post Page Advertisement [Top]

Orientasi Pelajar Asrama Tahun 2019

“ SAYANGI SEKOLAH SAYANGI ASRAMA”


TARIKH:

5 JANUARI 2019 (SABTU) – 12 JANUARI 2019 (SABTU)


TEMPAT:

MAAHAD TAHFIZ AT-TAYYIBAH


ANJURAN:

MAAHAD TAHFIZ AT-TAYYIBAH

Minggu Orientasi Pelajar Asrama merupakan program wajib dan tahunan yang dijalankan oleh guru-guru Maahad Tahfiz At-Tayyibah. Sepertimana yang kita tahu minggu orientasi ini berlangsung selama seminggu dan dijalankan bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar menyesuaikan diri dengan persekitaran dan suasana tinggal di asrama. Program ini juga disertai oleh pelajar-pelajar lama supaya mereka dapat berkenalan antara satu sama lain. Perubahan pengalaman dan persekitaran untuk menyesuaikan diri dan berdikari sepanjang kehidupan di asrama perlu didedahkan kepada mereka untuk mengelakkan “homesick” dan tidak diterima dalam kalangan rakan-rakan asrama. Pelbagai aktiviti yang bermanfaat telah dirancang oleh guru-guru supaya mereka lebih tertarik untuk melanjutkan pelajaran di Maahad Tahfiz At-Tayyibah lantas tidak menghadapi kesukaran untuk menginap di asrama bersama rakan-rakan.

5 Januari 2019, Sabtu : Pendaftaran Pelajar Lama

6 Januari 2019, Ahad : Pendaftaran Pelajaran Baru (Banin)


6 Januari 2019, Ahad : Pendaftaran Pelajaran Baru (Banat)

7 Januari 2019, Isnin : Hari Pertama Minggu Orientasi


8 Januari 2019, Selasa : Hari Kedua Minggu Orientasi

9 Januari 2019, Rabu : Hari Ketiga Minggu Orientasi


10 Januari 2019, Khamis : Hari Keempat Minggu Orientasi

11 Januari 2019, Jumaat : Hari Kelima Minggu Orientasi -“Ice Breaking dan Malam Kebudayaan”

12 Januari 2019, Sabtu : Majlis Penutup Minggu Orientasi

Bottom Ad [Post Page]