Careline: 03 - 89275642 / 018 - 2375891 Isnin - Jumaat: 8.00 pagi - 5.00 petang
reg-2025
JAWATAN-KOSONG-2-AFT
zakat

KEISTIMEWAAN SIRAH NABI SAW / ميزة السيرة النبوية



ميزة السيرة النبوية

Keistimewaan Sirah Nabi s.a.w.



تجمع السيرة النبوية عدة مزايا تجعل دراستها متعة روحية وعقلية وتاريخية، كما تجعل هذه الدراسة ضرورية لعلماء الشريعة والدعاة إلى الله والمهتمين بالإصلاح الاجتماعي، ليضمنوا إبلاغ الشريعة إلى الناس بأسلوب يجعلهم يرون فيها المعتصم الذي يلوذون به عند اضطراب السبل واشتداد العواصف، ولتتفتح أمام الدعاة قلوب الناس وأفئدتهم، ويكون الإصلاح الذي يدعو إليه المصلحون، أقرب نجحا وأكثر سدادا. ونجمل فيما يلي أبرز مزايا السيرة النبوية.
Sirah Nabi s.a.w. menghimpunkan  pelbagai keistimewaan yang menjadikan pengajiannya
satu kepuasan roh, ,minda dan nilai sejarah. Pengajian ini juga menjadi kemestian kepada para ulama, pendakwah kepada Allah dan pengislah sosial. Pengajian ini menjamin mereka mampu menyampaikan Syariah kepada orang ramai dengan pendekatan yang menarik. Ini membuatkan orang ramai melihat Syariah umpama Khalifah Muktasim yang menjadi  tempat berlindung ketika berlaku kacau bilau dan huru hara. Pengajian ini juga akan membuka hati dan jiwa manusia untuk menerima pendakwah. Dengan itu, pengislahan yang diseru oleh para pengislah lebih menghampiri kejayaan dan lebih menepati sasaran. Kami ringkaskan keistimewaan Sirah Nabi s.a.w. yang paling menonjol dalam perbincangan berikut:
أولاً: إنها أصح سيرة لتاريخ نبي مرسل، أو عظيم مصلح, فقد وصلت إلينا سيرة رسول الله صلى الله عليه وسلم عن أصح الطرق العلمية وأقواها ثبوتا - كما سنرى في بحث مصادر السيرة - مما لا يترك مجالاً للشك في وقائعها البارزة وأحداثها الكبرى، ومما ييسر لنا معرفة ما أضيف إليها في العصور المتأخرة من أحداث أو معجزات أو وقائع أوحى بها العقل الجاهل الراغب في إضفاء الصفة المدهشة على رسول الله صلى الله عليه وسلم أكثر مما أراد الله لرسوله أن يكون عليه من جلالة المقام وقدسية الرسالة، وعظمة السيرة.
Pertama:  Sirah Nabi s.a.w. istimewa lantaran ia merupakan sirah yang menceritakan sejarah nabi utusan Allah ataupun sejarah keagungan seorang tokoh islah yang paling sahih.
Sirah Rasulullah s.a,w. telah sampai kepada kita melalui susur galur ilmiah yang paling tepat dan paling pasti (Kita akan rnelihatnya ketika membincangkan sumber rujukan Sirah). Susur galur ilmiah ini tidak memberi ruang untuk kita meragui kebenaran peristiwa besar dan penting yang berlaku. Ia juga memudahkan kita mengesan peristiwa dan mukjizat yang ditokok tambah oleh akal yang jahil dan gemar menambahkan sifat-sifat mengkagumkan kepada Rasulullah s.a.w. pada zaman-zaman terkemudian melebihi apa yang dikehendaki Allah dan Rasul-Nya. Dia menyangka tokok tambah ini boleh menunjukkan kemuliaan kedudukan, kesucian risalah dan keagungan perjalanan hidup Baginda.
إن الميزة من صحة السيرة صحة لا يتطرق إليها شك لا توجد في سيرة رسول من رسل الله السابقين، فموسى عليه السلام قد اختلطت عندنا وقائع سيرته الصحيحة بما أدخل عليها اليهود من زيف وتحريف، ولا نستطيع أن نركن إلى التوراة الحاضرة لنستخرج منها سيرة صادقة لموسى عليه السلام، فقد أخذ كثير من النقاد الغربيين يشكون في بعض أسفارها وبعضهم يجزم بأن بعض أسفارها لم يكتب في حياة موسى عليه السلام ولا بعده بزمن قريب، وإنما كتب بعد زمن بعيد من غير أن يعرف كاتبها، وهذا وحده كاف للتشكيك في صحة سيرة موسى عليه السلام كما وردت في التوراة، ولذلك ليس أمام المسلم أن يؤمن بشيء من صحة سيرته إلا ما جاء في القرآن الكريم والسنة النبوية الصحيحة.
Keistimewaan sirah yang sahih lagi tiada sebarang keraguan ini, tidak terdapat dalam mana-mana sirah rasul-rasul Allah terdahulu. Sirah Musa a.s. yang ada pada hari ini telah bercampur aduk antara peristiwa-peristiwanya yang sahih dengan pemalsuan dan pindaan yang dimasukkan oleh Yahudi. Kita tidak dapat merujuk kepada Taurat yang ada kini untuk memahami sirah Musa a.s. yang sebenar. Ramai pengkritik Barat meragui kandungan sesetengah safarnya (surah-surah dalam Taurat). Sebahagian mereka memutuskan secara pasti bahawa sesetengah safar itu tidak ditulis pada masa Musa a.s. hidup atau sebaik sahaja selepas kematiannya. la hanya ditulis setelah berlalu tempoh masa yang lama tanpa diketahui siapakah penulisnya. Fakta ini sahaja sudah cukup menyebabkan kesahihan sirah Musa a.s. yang terdapat di dalam Taurat diragui. Justeru itu, orang Islam tidak dapat beriman dengan kesahihan sirahnya melainkan apa yang dinyatakan dalam al-Quran al-Karim dan Sunnah Nabawiyyah yang sahih.

ومثل ذلك يقال في سيرة عيسى عليه السلام، فهذه الأناجيل المعترف بها رسميا لدى الكنائس المسيحية إنما أقرت في عهد متأخر عن السيد المسيح بمئات السنين، وقد اختيرت – بدون مسوغ علمي – من بين مئات الأناجيل التي كانت منتشرة في أيدي المسيحيين يومئذ. ثم إن نسبة هذه الأناجيل لكاتبيها لم يثبت عن طريق علمي تطمئن النفس إليه، فهي لم ترو بسند متصل إلى كاتبيها، على أن الخلاف قد وقع أيضا بين النقاد الغربيين في أسماء بعض هؤلاء الكاتبين من يكونون؟ وفي أي عصر كانوا؟
Pertikaian yang sama juga diperkatakan terhadap sirah Isa a.s.. Injil-injil yang diiktiraf secara rasmi oleh gereja-gereja Kristian hanya diperakui selepas beratus-ratus tahun selepas kematian al-Masih. Tanpa sebarang kewajaran ilmiah, Injil- injil ini dipilih daripada ratusan Injil yang tersebar luas di tangan penganut Kristian ketika itu. Apatah lagi, hubung kait Injil-injil ini dengan penulisnya tidak dapat disahkan melalui susur galur ilmiah yang memuaskan hati. la tidak diriwayatkan dengan sanad yang bersambung hingga kepada penulisnya. Para pengkritik Barat juga berselisih pandangan mengenai sesetengah nama penulis tersebut, siapakah mereka? Pada zaman manakah mereka hidup?
وإذا كان هذا شأن سير الرسل أصحاب الديانات المنتشرة في العالم، كان الشك أقوى في سيرة أصحاب الديانات والفلاسفة الآخرين الذين يعد أتباعهم بمئات الملايين في العالم، كبوذا وكونفوشيوس، فإن الروايات التي يتناقلها أتباعهم عن سيرتهم ليس لها أصل معتبر في نظر البحث العلمي، وإنما يتلقفها الكهان فيما بينهم، ويزيد فيها كل جيل عن سابقه بما هو من قبيل الأساطير والخرافات التي لا يصدقها العقل النير المتحرر الخالي من التعصب لتلك الديانات.
Jika keraguan seperti ini timbul terhadap sirah rasul-rasul selaku tokoh agama yang tersebar luas di dunia, keraguan yang lebih kuat berlaku terhadap sirah tokoh-tokoh agama dan ahli falsafah lain yang bilangan pengikutnya di dunia mencapai ratusan juta orang. Contohnya, Buddha dan Confucious. Kisah hidup mereka yang berlegar di kalangan pengikut mereka tidak mempunyai asal-usul yang diperakui menurut kaca mata kajian ilmiah. Ia hanyalah diambil secara tergesa-gesa oleh para sami sesama mereka. Setiap generasi menokok tambah riwayat generasi sebelumnya. Mereka menambah riwayat-riwayat berunsur lagenda dan khurafat yang tidak dapat dipercayai oleh akal yang cerdas dan bebas daripada ketaksuban kepada agama-agama itu.

وهكذا نجد أن أصح سيرة وأقواها ثبوتا متواترا هي سيرة محمد رسول الله صلى الله عليه وسلم.
Oleh itu, kita dapati sirah yang paling sahih dan paling diterima pakai secara mutawatir ialah sirah Muhammad, Rasulullah s.a.w.

Bottom Ad [Post Page]